Wednesday, May 23, 2007

Anak Melayu KAYA - Satu Oxymoron?

Ada sedikit pergolakan tercetus sewaktu mahu dijudulkan blogspot ini.

Apakah 'Anak Melayu Kaya' satu seruan atau sekadar satu jolokan yang berbaur 'oxymoron'?

Apakah anak-anak melayu sudah kaya, akan jadi kaya, punya peluang untuk kaya, atau sebaliknya? Sekiranya sebaliknya, mungkin judul ini sesuai untuk dijadikan satu cogan kata, mengajak anak-anak melayu berganjak dari takuk kemiskinan dan menganjak paradigma yang kita satu-satunya bangsa yang mampu menjadi kaya.

Syaratnya satu, usahanya beribu. Apakah anak melayu mampu?

Mungkin pembaca pernah terkesan apabila setiap kali ada usahawan Melayu yang berjaya, pasti ada bisik-bisik yang kata, "Oh si anu tu niaga ikut stail orang cina, itu sebab maju dan kaya..."

Aku tidak punya niat untuk perkecilkan kehebatan bangsa Melayu. Orang kita memang besar bakatnya. Bakat nyanyi, bakat tari, bakat lukis, bakat seni... tapi masuk bakat niaga, ada payah sedikit.

Bukan kerana tak cukup bakat, tapi mungkin ada 'genetic defect' yang diwarisi susur-galur bangsa kita dulu-dulu.

Anak melayu kebanyakkannya dibesarkan dengan pendekatan yang sederhana. Kaya is a dirty word. Kaya mengajak leka. Kaya mengundang dosa. Kaya membuai foya. Kaya jambatan neraka. Maka kita terima akan seadanya. Biar sederhana, yang lebih rezeki, yang kurang kita usaha lagi.

Mungkin kerana itu, anak melayu sukar untuk menerima kekayaan. Biarlah hidup bahagia. Duit, harta punca keretakan rumahtangga. Kawan ganti lawan. Members tikam brothers.

Agak-agaknya, kita belum biasa dengan harta. Konsep kekayaan memang bukan dari segi materi. Sebabnya, segala yang fana akhirnya kembali jadi debu. Jadi zarah.

Jadi kekayaan hanyalah satu manifestasi dari kepala otak masing-masing. Mudah bukan? Fikirkan sahaja engkau boleh, dan kau hampir boleh melakukan.

Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu... Haah bab inilah yang payah.

Tidak dapat tiada, blogspot ini ingin mengajak anak-anak melayu sekelian, khususnya, usahawan internet, tidak kiralah dari pelusuk nusantara mana pun, malaysia, singapura, indonesia, filipina, thailand, brunei, kampuchea, atau yang di negara atas angin, london ke, amerika ke, australia ke, sama-samalah berkongsi idea, kumpulkan manifestasi, sama-sama mendorong diri, agar 'Anak Melayu Kaya' menjadi nyata.

Amacam beb, boleh?

2 comments:

Ebmarnawi said...

salam kenal, melayu kaya Cerita seni dan menarik, dan saya setuju melayu beranjak dari kemiskinan..... good blog

Dari Nawi: http://clickcentre.blogspot.com/

Raihan Jelani said...

terima kasih nawi.

sayangnya belum sempat dikemaskini...

hehe sibuk buat duit dalam pasaran omputih...