Seandainya ditujukan soalan sedemikian kepada para pakar Internet Marketing, pastinya jawapan atau usulan mereka beraneka rasa. Mungkin ada yang kata cara terbaik buat duit di internet tentulah 'affiliate marketing', ada yang mungkin bercanggah, katanya HYIP cara paling menguntungkan, ada yang sibuk mempromosi Adsense atau AGLOCO dan sebagainya.
Aku bukanlah pakar atau guru yang punyai murid datangnya berduyun-duyun semata-mata untuk dapatkan kata-kata mutiara dariku. Namun aku percaya setelah tiga tahun menenggelami diri dalam arus pemasaran internet, sedikit sebanyak mampu juga aku memberikan sepatah dua nasihat.
Masakan tidak, sudah beribu dolar juga aku habiskan hadiri seminar, buku-buku panduan bertimbun, sofwe terkini tersadai dalam hard disk, aku rasa aku juga berhak mengusulkan cara yang paling berkesan untuk buat duit online.
Maka, rahsianya..... bukan dari caranya.
Rahsianya..... datang dari prinsipnya.
Maksudnya, cara yang paling berkesan buat duit di internet bukan berdasarkan cara. Cara affiliate marketing ke, cara blogging ke, cara article marketing atau sebagainya. Kerana ini semua hanyalah methodologi.
Misalnya, ada seorang polan yang menjejelah dunia demi menjejak lombong-lombong emas. Satu hari yang bahagia, si polan berjaya ketemu lombong emas berdasarkan kajian dan pemerhatian geografiknya. Lantas diakui, "Lombong emas ini AKU yang punya!" dan dikerjakan kuli-kuli untuk mula menggali.
Maka ramai yang datang berbondong-bondong untuk dapatkan hasil galian. Ada yang datang bercangkul, ada yang datang dengan jentera, ada yang gunakan tangan. Tidak kira apa cara sekalipun, sedikit sebanyak, mereka yang datang berusaha pasti tidak pulang dengan tangan kosong.
Namun siapa yang paling beruntung? Nah, bukankah si polan yang ketemu lombong emas itu? Mungkin nasibnya baik, tapi si polan sudah tahu formulanya untuk menjejak lebih banyak lombong emas, bukan?
Sama seperti memulakan perniagaan di Internet. Apakah anda si polan yang mula mengkaji daerah-daerah spesifik terdahulu sebelum mula menjelajah? Atau apakah anda hanyalah kuli yang 'follow the masses'?
Kita kembali dengan asas. Aras paling bawah.
Apakah prinsip atau konsep utama sekiranya anda ingin mula berniaga di internet?
Aku boleh rumuskan prinsipnya dengan tiga huruf sahaja iaitu, CTC.
Percayalah, Content + Traffic = Conversion
Walau apapun cara yang anda pilih untuk menggali lombong emas ini, konsep CTC harus dijadikan sandaran sebelum anda mula bercangkul.
Dalam masukan yang seterusnya, aku akan bincangkan konsep CTC dengan lebih terperinci.
p/s: Hari ini aku sangat gumbira sekali... sebab kali ini pasukan yang lebih bagus julang Champions Cup...haha!
Thursday, May 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment